Tuesday, November 17, 2009

Lobi Luar - Kekuatan Anwar Ibrahim

Salah satu fasa kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin lulusan Pengajian Melayu Universiti Malaya bertaraf antarabangsa ialah kesanggupan beliau berhabisan membela pelobi-pelobi Barat untuk meningkatkan martabat dan imej diri beliau sebagai pemimpin muda negara Islam yang bakal menjadi "darling barat."

Umum mengetahui sejak Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau memberi pelbagai peluang perniagaan dan pelaburan kepada pelabur luar yang sanggup membentuk pasukan media dan lobi antarabangsa untuk beliau.

Anwar berubah dari pejuang Islam yang menakutkan bukan Islam di Malaysia kepada pemimpin kesayangan barat dalam sekelip mata.

Dalam masa yang sama Anwar masih menjaga rangkaian dan jaringan (networking)asal beliau dengan pertubuhan-pertubuhan Islam yang bercorak radikal sebelum membawa mereka sekali berubah kepada pro-barat.

Keupayaan Anwar menjadi pokka membolehkan beliau menjadi kesayangan negara arab dan juga negara barat.

Justeru apabila muncul artikel-artikel luar negara yang berusaha membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai skandal termasuk pembunuhan Altantuya Sharibu, ia jelas sekali propaganda dan agenda Anwar.

Apatah lagi selepas keluar penjara Anwar segera ke Jerman berjumpa beberapa pelobi barat yang masih bersedia membantu beliau menjadi boneka barat.

Pertubuhan seperti Konrad Adeneur Foundation (KAF)yang pernah membantu Institut Kajian Dasar (IKD) Anwar dahulu masih berusaha memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Demikian juga pembabitan Anwar dengan Foundation for the Future yang menjadi alat untuk US menyalurkan bantuan dan peruntukan kepada Anwar.

Justeru apabila muncul penulis tabloid akhbar Liberation, Perancis yang berpengkalan di Thailand, Arnaud Dubus, membuat pelbagai cerita, andaian dan susulan isu pembunuhan Altantuya Saribu tidak syak lagi Anwar Ibrahim berada di belakangnya.

Arnaud dilaporkan membuat pelbagai penyelidikan dan wawancara sehingga ke Mongolia bagi menulis cerita tersebut.

Cubaan mengaitkan Datuk Seri Najib dan memburukkan Konsul Mongolia di malaysia hanyalah untuk kepentingan Anwar Ibrahim sahaja. Kita tentu hairan bagaimana wartawan akhbar tabloid yang tidaklah begitu besar edarannya boleh menyara wartawan seperti Dubus sehingga mengembara beberapa negara hanya untuk sebuah cerita tidak menjadi isu besar di Perancis pun.

Justeru apabila Konsulat Kehormat Mongolia di malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi tampil menafikan segala tulisan Arnaud ia sekadar menjelaskan lagi siapa Arnaud sebenarnya.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Perancis, Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan model Mongolia, Altantuya Sharibu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan Bil 206 (10-17 Nov 2009).

Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untuk memburukkan saya dan Perdana Menteri. Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak pernah wujud, jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak wujud kepada pihak Polis? Ini tidak masuk akal langsung. Sepanjang penyiasatan kes berkenaan, saya hanya ada menyerahkan kepada pihak Polis sekeping gambar Abdul Razak Baginda (gambar solo) dan beberap keping gambar Altantuya. Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya.

Malah saya tidak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati. Yang pernah saya lihat adalah gambar yang di reka-reka oleh pihak pembangkang melalui teknik pertindihan bertujuan memburukkan pihak tertentu dalam kes tersebut. Justeru, saya berharap penjelasan in akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus. - Kenyataan Media, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi, 17 November 2009.


Secara logiknya jika ada pun gambar tersebut Syed Abdul Rahman tidak sebodoh itu untuk mendedahkan kepada seorang wartawan seperti Arnaud.

Memandangkan gambar itu sememangnya tiada kecuali gambar sumper impose yang dibuat oleh Tien Chua maka nyata Arnaud berbohong. Soalnya mengapa Arnaud perlu berbohong jika bukan kerana beliau dibayar oleh kumpulan pelobi Anwar Ibrahim?

Pelobi Yahudi dan Barat masih bersedia menggerakan ombak kedua bagi menaikkan Anwar sebagai kuda tunggangan mereka di Malaysia.

Tiada apa yang lebih bernilai di malaysia selain sweet oil yang menjadi kegilaan Barat. Inilah yang mahu mereka kuasai.

Monday, November 16, 2009

Apabila Penyamun melantik Penyangak Menjadi Penasihat

Penduduk Selangor Darul Ehsan wajar mengucapkan selamat datang kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah berjaya membantu IOI Berhad mendapatkan sebahagian besar tanah di Puchong kerana meletak bapanya sebagai Pengerusi IOI ketika itu, apa lagi projek terbaru Anwar selepas ini?

Perlantikan Anwar Ibrahim menunjukkan sudah wujud ketidakpuasan hati yang begitu memuncak di kalangan kumpulan Azmin Alin terhadap kumpulan Khalid Ibrahim.

Azmin beberapa kali berjumpa Anwar dan menunjukkan bukti betapa banyak sumbangan dari projek oleh pemaju-pemaju di Selangor masukke kantung Khalid Ibrahim bukannya ke Parti Keadilan Rakyat.

Azmin juga tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid yang hanya membuat keputusan penting dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok sahaja. Ini menyebabkan sebarang "proposal" oleh Amin dan lain-lain pimpinan PKR diketepikan begitu sahaja.

Jika mahu survive dalam kontrak PBT mesti jaga Ronnie Liu dan Teresa. Jika mahu projek pembangunan mesti melalui khalid sahaja. Akibatnya Azmin bukan sahaja menghadapi masalah dengan Ketua-Ketua PKR Bahagian malah hubungan beliau dengan pemimpin Pas Selangor juga menjadi genting.

Kesemua mereka mengharapkan kerajaan negeri selangor membantu merancakkan tabung parti bagi menggerakkan parti.

Sebahagian pula berpendapat pejuang-pejuang PKR yang telah lama berkorban wajar mendapat sedikit peluang yang lebih baik dari kerajaan negeri.

Malangnya yang berlaku ialah Khalid hanya mementingkan rakan-rakannya yang pernah bersama dalam Duthrie dahulu. Ronnie Liu dan Teresa Kok pula menjaga kepentingan peniaga Cina terutamanya kumpulan underworld atau kongsi gelap.

Sebab itu apabila Khalid membuat ucapan retorik dalam Kovensyen PKR semalam kononnya beliau mahukan pemimpin parti yang faham makna reformasi dan tidak mahu menjadi UMNO yang meminta projek, ramai yang mencebik dan mahu sahaja meludah beliau.

Yang berada di luar Selangor bertepuk mendengar ucapan yang penuh kepalsuan tersebut. Namun dalam Selangor mereka tahu betapa ucapan tersebut hanya sekadar menyembunyikan sikap sebenar Khalid yang telah beberapa kali mengaut dana untuk kekayaan sendiri bukan parti.

Akhirnya yang menjadi kambing hitam ialah Yahya Shari (telah didakwa di mahkamah). dan terbaru khabarnya Ketua Setiausaha Sulit beliau, Puan Noorzatun.

Yang kenyang adalah Khalid yang dijaga oleh pengerusi I Berhad, pemaju I-City Shah Alam. Khalid juga sekarang dikatakan sedang "kow-tim" dengan pengerusi Talam, Thy Ah Chye. Sebab itu beliau menimbulkan isu hutang Talam dan enggan menandatangani pemindahan title dari pemaju kepada pembeli.

Lihat sahaja nanti hutang gagal di kutip, Talam akan mendapat lagi projek pembangunan di Selangor atas alasan kononnya untuk membantu syarikat yang tenat pulih dan akhirnya boleh bayar hutang.

Apabila Khalid lantik Anwar menjadi penasihat ia bukan kehendak khalid tetapi kehendak Anwar sendiri.

Kita lihat sahaja bagaimana projek perlombongan pasir yang begitu agresif di selangor ini (tanpa diganggu oleh karam Singh walia seperti dulu)tetapi hasil yang diterima jauh lebih kecil daripada pemerintahan BN lalu.

Kem mana hasil pasir pergi kalau bukan kepada adik Tan Sri Khalid yang mengawal segala urusan pasir Kumpulan Semesta Berhad. 10 dapat 1 masuk kerajaan negeri 9 masuk bapa penyamun Selangor.

Sebab itu Azmin Ali mengamuk. Kerajaan negeri tak dapat duit pasir, dia pun tak dapat, parti keadilan jauh sekali. Akhirnya yang dapat ialah Penyamun yang ada hutang RM 66 juta dengan bank Islam.

Jadi mengapa penyamun lantik penyangak jadi penasihat? Mana ada penyamun mahu lantik penyangak jadi penasihat. Sebab yang pasti penyamun akan putus rezeki dipotong penyangak.

Namun memandangkan penyangak ada kuasa menghilangkan kuasa penyamun terpaksalah penyamun terima pelantikan sendiri penyangak. Penyangak besar memang marah apabila penyamun sapu licin sampai bajet negeri jadi defisit, akaun parti pun tidak sebesar mana. tapi lebih penting penyangak besar marah sebab "jambunya" tidak dijaga penyamun.

Lepas ini terpaksalah penyamum mengurangkan aktiviti sebab sumber rezeki diambil alih oleh penyangak.

Apa pun bagi penulis, dah elokdah Penyamun ditipu penyangak !(hehehe macam cerita tiga abdul pulak)

Monday, November 2, 2009

Dr Asri mangsa percaturan politik Anwar Ibrahim

B ekas Mufti Perlis diangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor malam tadi selepas menyampaikan ceramah kepada hampir 1, 000 orang di Ulu Klang. Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut ialah wakil rakyat PKR Dr Zuraidah dan Shaari Sungip.

Utusan melaporkan bahawa tangkapan tersebut mungkin ada kena mengena dengan dakwaan Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi. Namun wajarkah mereka yang berfahaman wahibi ditanglap. Malah tiada undang-undang yang membolehkan mereka yang berfahaman wahibi di tangkap.

JAIS juga tidak boleh menahan Dr Asri menyampaikan ceramah tanpa tauliah kerana ceramah disampaikan di banglo milik persendirian bukammyadi masjid atau surau.

Lebih aneh bagaimanakah JAIS menangkap penceramah dalam majlis anjuran parti pemerintah negeri?

Ini tidak lebih merupakan satu lagi taktik Anwar untuk mengalih tumpuan umum terhadap perbicaraan beliau yang akan berlangsung minggu ini.

Menggunakan jentera PKR yang bersahabat dengan Dr Asri untuk menyampaikan kuliah isyak di rumah, mereka akhirnya mengatur himpunan ceramah yang besar.

Dr Asri sendiri khabarnya tidak mengetahui ada ceramah sebesar itu dan dihadiri oleh wakil rakyat PKR.

Anwar juga menggunakan konco-konco dalam persatuan peguam syarie semalam untuk membuat memorandum kepada YDP Agong agar menagkap Dr Asri kerana menyebarkan fahaman wahabi.

Bukankah aneh laporan kepada JAIS agar menangkap Dr Asri kerana menyampaikan ceramah malam tadi juga dibuat oleh PKR?

Semua ini tidak lebih daripada agenda Anwar untuk mengcilkan kes sodomi yang akan beliau hadapi minggu ini.

Anwar sememangnya diketahui pakar memanipulasi media. Kali ini Dr Asri menjadi mangsanya.

Wednesday, October 21, 2009

Nallakarupan Cakap Banyak, Hasil Tiada

Bekas sahabat baik datuk Seri Anwar Ibrahim, Nallakarupan beberapa hari lalu menimbulkan polemik baru apabila menyatakan ada hubungan istimewa yang bersifat skandal antara Anwar dengan Azmin Ali.

Beliau berjanji akan mendedahkan skandal tersebut jika Anwar terus mendiamkan diri.

Soalnya ini bukan kali pertama Nalla melakukan "gempaq keling" dalam isu hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim.

Dalam beberapa ceramah beliau berjanji untuk mendedahkan isu-isu Anwar sehingga kini tiada satu pun dibuktikan atau didedahkan.

Apakah Nalla menjadi satu kelebihan kepada BN, untuk membuktikan tindakan UMNO memecatnya sepuluh tahun lalu adalah tepat, atau beliau sekadar memberi satu lagi masalah dan bebanan kepada BN kerana serangan semberono terhadap Anwar.

Jika Nalla mahu mendedahkan, dedah sahaja. Mengapa perlu mencabar Anwar atau azmin terlebih dahulu.

Soalnya bersediakah Nalla mengorbankan dirinya untuk mendedahkan Anwar? Ini kerana sudah tentu juga Anwar mempunyai banyak senjata ke atas Nalla sendiri berasaskan hubungan rapat mereka selama puluhan tahun.

Atau Nalla sekadar menggunakan hubungan baik beliau dengan Anwar sebelum ini untuk terus memberi harapan palsu kepada ahli politik BN bahawa beliau boleh menjadi senjata ampuh terhadap Anwar?

Lihat sahaja Ezam sendiri tidak bersedia mendedahkan apa-apa cerita eksklusif mengenai Anwar kerana tidak bersedia beliau didedahkan pula oleh Anwar.

Blog ini percaya kisah-kisah Nalla, Ezam, azmin dan Anwar adalah kisah dalam kelambu yang boleh meruntuhkan imej moral dan keluarga masing-masing. Sebab itu semua mereka hanya bersandiwara mengacah satu sama lain.

Jika benar Nalla tahu sesuatu yang boleh menyelamatkan rakyat Malaysia dari menerima pemimpin yang korup moral dan material seperti Anwar maka beliau perlu mendedahkan segera.

80% daripada kepercayaan saya berkata Nalla tidak akan berani mendedahkannya kerana ia hanya akan mendedahkan diri beliau kepada serangan Anwar.

Wednesday, October 14, 2009

Anwar Ibrahim - The 'chameleon' will never reach Putrajaya

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today vowed that his wing will ensure that Opposition Leader Anwar Ibrahim will never realise his dream of taking over the federal government. The 33-year-old politician also described the 62-year-old former Umno deputy president and deputy prime minister as a 'forked tongue tale teller' and 'political chameleon'.

"Anwar should be mindful of his past deeds, for we surely have not forgotten. Switching to the opposition does not absolve him of his sins. As the pot calling the kettle black, Anwar's past will shadow him no matter where he maneuvers in the political arena.

"He tries to position himself as many things: the voice of the marginalised, a champion of Islam, the Malays and human rights. But is this truly Anwar Ibrahim, or is his political struggle motivated solely by personal ambitions?" he asked.

"Anwar may have succeeded in deceiving some members of the younger generation who never really knew his true nature – a political chameleon who changes colour according to season."But Umno and Umno Youth most certainly remember the real Anwar, and we will ensure that this forked-tongue teller of tales will never make it in his quest to Putrajaya," he added.

PKR, all about one man

Addressing some 800 Umno Youth delegates at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur, the Umno Youth chief also dismissed PKR, helmed by Anwar's wife Dr Wan Azizah Wan Ismail, as a party devoid of ideology.

Khairy said the party, which was born in the aftermath of Anwar's sacking from Umno and the government in 1998, was only concerned about the glorification of one man.

What is the crux of PKR's struggle, or are they like their partners who yearn for power above all else?

After all, if it is justice and anti-corruption that they are fighting for, then PKR should look to its own leader. "Anwar has manipulated a section of the Malaysian populace with rhetoric as though he is clean, pure, a beacon of integrity, while branding Umno leaders as corrupt, voracious and racist," he added.

Meanwhile, Khairy also said Malaysians are now faced with the choice between two political fronts - Barisan Nasional, which has developed the country to its current heights, or Pakatan Rakyat which continues to divide the people.

"It is our responsibility to expose the true colours of the opposition – that they are no true coalition and are not bound by any shared principle. "What exists is merely a casual relationship, void of any moral principle, genuine affinity or mutual respect. They are a coalition willing to be in cahoots merely to topple BN, dreaming of Putrajaya," he added.

Source: Malaysiakini.com

Friday, October 9, 2009

Tipikal Anwar

Anwar Ibrahim masih belum berubah. Apabila beliau dituduh dalam kes liwat dan mengurat isteri orang pada 1998, beliau berkata "alah macam depa tu malaikat. Saya tahu sapa yang kaki perempuan, kaki botol dan kaki judi."

Beliau kemudian menyuruh Marina Yussof membuat kenyataan kononnya Dr. Mahathir pernah ada hubungan sulit dengan seorang wanita Cina pada sekitar awal 80-an.

Tujuannya apa? Untuk mengalih tumpuan daripada dirinya kepada orang lain.

Hari ini berulang lagi. Apabila beliau dituduh mengambil komisyen berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau mencabar penyiasatan yang sama dilakukan ke atasa beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy dan Tun Abdullah.

Hakikatnya jika beliau gentleman beliau akan berkata, "Siasatlah saya. Jika mahu tuduh saya pun sila bawa ke mahkamah. saya bersedia mempertahankan diri."

Malangnya ayat tersebut tidak keluar dari mulut Anwar.

Anwar tidak perlu pergi jauh. Apa kata untuk membersihkan dirinya pertama sekali Anwar ke mahkamah berhadapan dengan tuduhan liwat yang dibuat oleh bekas pembantu khasnya.

Jika berani kerana benar, jangan pula mencari alasan untuk terus menangguh perbicaraan.

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang: Mengapa Anwar Mendiamkan Diri

Jika membaca laman webnya kita tahu Anwar Ibrahim berada di Amerika Syarikat. Hampir setiap hari dikemaskini laman webnya menceritakan tentang buku-buku yang beliau baca, syarahan dan perjumpaan yang beliau adakan.

Ini adalah taktik Anwar sejak dahulu bagi mengukuhkan keyakinan penyokong beliau mengenai kehebatan beliau dan juga menarik sokongan sebahagian ahli akademik Melayu yang ada masalah inferiority complex. Mereka melihat Anwar sebagai idola mereka sungguhpun hasil pemikiran Anwar termasuk buku Asian Rennaisance tidak lebih sebagai idea orang lain yang diungkap semula dalam bahasa bombastik Anwar.

Berikut ialah buku-buku yang Anwar kata beliau telah baca sejak


A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
The Future of US – Kurdish Relations
Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
American Arabs and Political Participation
Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?

Anwar juga menulis,

"Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian
Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman “The
Return of Depression Economics”, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin
Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End
of the Western World”.


Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia. Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sabelah saya Azizah sudah nyenyak tidur, seolah-olah telah didendangkan lagu Allahyarham P.Ramlee:


Tidurlah permaisuri, pejamkan mata…Jika kau tidur lena, mimpikan bahagia…
Arakian, dalam perjalanan 13 jam ka New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!
Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:

China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg); Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton); China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek. Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga!


Waduh hebat juga Anwar dalam masa seminggu begitu banyak buku dibacanya. Ini belum termasuk menyediakan ucapan untuk syarahan, berjumpa dengan pelbagai pihak dan juga agenda yang tidak diumumkannya mencari dana untuk Pakatan di kalangan Pelobi US.

Pembohonglah kamu Anwar Ibrahim. Cukuplah berbohong dan menipu rakyat.

Sekarang ini kita juga tertanya-tanya mengapa Anwar langsung tidak mengulas isu di Bagan Pinang? Mustahil ketua Pakatan tidak langsung menyerang BN di Bagan Pinang?

Apa yang beliau takutkan dengan Tan Sri Isa Samad?

Apakah Tan Sri Isa ada pegang rahsia Anwar?

Atau Anwar sebenarnya takut mengungkit isu Tan Sri Isa digantung tiga tahun oleh UMNO. Ini kerana beliau tahu sebaik beliau mengkritik pemilihan Isa maka ramai lagi akan mempersoalkan moral dan kedudukan beliau yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah.

Atau Anwar sebenarnya tidak mahu Pas menang di sana?